06 April 2010

BENGKEL REFLEKSOLOGI & DIAGNOSIS KAKI



BENGKEL REFLEKSOLOGI AKAN DIADAKAN PADA :

Tarikh : 18hb. April 2010
Tempat : HPA Cawangan Klang
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Bayaran : RM60.00 (Termasuk Nota, Makan & Sijil)

Berminat : Hubungi :-
1. Norhisham Rabat - 019 2996727
2. Mat Izam Sapiee - 019 5084839

*** SELAMAT MENDAFTAR ***


15 Mac 2010

AWAS...!!! PARA PENGEMAR TEH TARIK...




Teh Tarik Satu Untuk 100 Gram Kolesterol & Risiko Kencing Manis

Minuman popular di negara ini, siapa yang tak pernah minum teh tarik seumur hidup mereka? Mungkin sukar untuk mencari walau seorang di kalangan orang terdekat dengan kita! Ia sudah sinonim dengan 'kedai kopi, 'mamak stall', lepak-lepak, 'jom pekena....'.
Kalau pergi ke kedai mamak atau gerai-gerai di tepi jalan, kemungkinan besar pilihan utama kita atau rakan-rakan adalah teh tarik. Jika ada yang mahu minuman sejuk, mereka pesan teh ais.Teh tarik atau teh ais sama saja dari segi komplikasinya. Ia ditambah susu pekat manis sebagai pelazat minuman. Tanpa susu, ia tidak digelar teh tarik. Susu pekat manis ini mengandungi gula yang tinggi serta kolesterol tidak baik. Apabila meminumnya, biasanya tekak kita akan terasa seperti mempunyai kahak atau mukus.
Bagi yang sudah biasa minum teh tarik, mungkin ia tidak terasa atau sudah lali dengan keadaan itu malah menganggap ia perkara biasa kesan meminum susu. Bagi saya yang sudah lama tidak minum, kadang-kadang nafsu tidak dapat dikawal. Sesekali saya minum lalu saya akan menyesal selepas itu kerana memesan teh tarik. Tekak terasa kesat seperti terdapat pepejal di dalam kerongkongan. Terpaksa pulang ke rumah dan minum sesudu madu lebah untuk melicinkan kembali tekak saya.
Setiap hari masyarakat Malaysia minum teh tarik atau minuman yang mengandungi susu. Kita lakukan rutin yang sama hampir seluruh hidup kita. Kanak-kanak sebelum ke sekolah diajar bersarapan dengan roti keju, mentega atau marjerin, nasi lemak, donat dan minum susu. Semuanya mengandungi kolesterol yang tinggi. Akhirnya, pada lingkungan umur 50-an, kita akan memiliki kadar kolesterol yang sama dengan kolesterol yang terdapat dalam beribu-ribu potongan daging. Tidak hairan penyakit jantung masih pembunuh nombor satu di Malaysia. Tiada jawapan lain yang lebih muktamad dari itu.Pengeluar susu dari syarikat tempatan mahupun syarikat asing berterusan membuat iklan dan propaganda mengatakan susu itu baik untuk kesihatan.
Malah perkataan Teh Tarik sudah dipopularkan pada label tin susu keluaran mereka - demi menggalakkan orang ramai minum teh tarik. Padahal tahap gula yang tinggi dalam susu pekat adalah sama dengan minuman berkarbonat! Apalah bezanya minuman berkarbonat dengan susu pekat manis? Kedua-duanya mengundang penyakit, malah susu membawa bersama kolesterol di samping gula.Jika anda pernah berbual bersama atlit atau penyanyi - mereka akan cuba mengelak dari meminum susu kerana mereka tahu susu menyebabkan kehadiran mukus. Ia mengakibatkan para ahli sukan tidak dapat mencapai prestasi yang optimum, penyanyi tidak dapat mengawal suara dengan baik dan lancar. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan serangan asma, suatu reaksi alergik terhadap susu. Maka dengan alasan apa lagi yang boleh mengatakan minum susu tidak menyebabkan mukus?Sebagai pilihan lain untuk menggantikan teh tarik dan susu pekat, sebaiknya minum air suam sahaja. Jikalau anda tidak dapat menahan nafsu, anda boleh mendapatkan bekalan susu segar, tetapi susu segar yang organik biasanya sukar diperolehi di kawasan-2 bandar. Susu yang diperah dari lembu yang diternak di ladang ternakan secara besar-besaran (lembu tenusu) semuanya disuntik dengan hormon bovin yang dihasilkan dari kejuruteraan genetik, yang merangsang ternakan untuk menghasilkan lebih banyak susu dari kadar biasa.
Pilih Minuman Tanpa SusuAda yang bertanya kepada saya, bolehkah kita gantikan susu dengan serbuk krim bukan tenusu! Bagi saya serbuk krim tidak kurang memberi masalah kepada kita. Ia dihasilkan dari lemak sayuran atau minyak kelapa sawit yang mengandungi kolesterol tidak baik. Sebaiknya elakkan minum minuman bersusu atau berkrim kerana ia mengandungi lemak - lemak yang kita sudah perolehi dari makanan seharian sudah berlebihan dan tidak sepatutnya ditambah lagi.Teh OrganikSeperti yang pernah saya sebutkan dalam post saya dahulu, teh yang saya sarankan ialah Teh Sabah atau Teh Herba HPA kerana ia ditanam di ladang yang tidak menggunakan racun serangga dan tanpa pewarna. Anda akan lihat warnanya yang kurang pekat kerana ia tidak ditambah bahan pewarna, tetapi rasa tehnya tetap ada.
Tidak dinafikan terdapat jenama teh popular yang menggunakan bahan pewarna.Kini, saya sudah boleh mengamalkan memesan minuman di kedai tanpa gula - kerana saya akan gunakan gula organik yang saya bawa sendiri dari rumah dipaketkkan ke dalam bungkusan kecil mengikut sukatan tertentu. Kemudian saya bancuh sendiri dan kacau - biasanya orang berdekatan akan memerhatikan gelagat saya dengan wajah penuh persoalan!

by sobhi_hpa@yahoo.com 0 ulasan

17 Oktober 2009

DARAH TINGGI ; SENERGI VITEX & PELAWAS

Lagi testimoni diterima bahawa penggunaan VITEX dan PELAWAS sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah bagi kes yang melebihi 10 tahun pun nampak positif dan berkesan. Senergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 SG dan Teh Herba.

Dos VITEX dan PELAWAS ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dan minum air mineral HPA 600 ml selepas pengambilan herba. Dos PELAWAS boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1 x 3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan mengambil herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sehat. Jadi kenapa tidak mahu menjadikan herba sebagai solusinya?

SELAMAT MENCUBA.... PERLU KEPADA KEYAKINAN DIRI DAN BERTERUSAN PENGGUNAANNYA.. INSYAALLAH.. AMIN..

Artikel ini disalin daripada JAWIMEDHERB dan disebar oleh KOMUNITI HPA Klang.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
/

19 September 2009

SALAM LEBARAN...

السلام عليكم


سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير دان باطين

Semoga syawal ini memberi sinar rahmat kepada semua...
Ikhlas dari,
Komiti HPA Klang.
Klang,Selangor.

22 Julai 2009

UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG....

Udang Geragau banyak digunakan dalam kebanyakan masakan kita...

Tapi lihat apa yang ditunjukan oleh seorang sahabat perihatin ini...

Cerita lanjut.... Klik Disini
/
/

18 Jun 2009

RADIX DIET, KOPI TANPA GULA

Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.
Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5.
Selamat mencuba.
/
Posted by Jamaluddin Yeop Majlis

11 Jun 2009

ALERGI (ALAHAN) KETAM DAN UDANG..???

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex

Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.

Posted by JawiHerbShop