30 April 2009

PUASA; KAEDAH TERBAIK DETOX

PUASA MERUPAKAN KAEDAH TERBAIK MELAKUKAN DETOX

Pelbagai cara detox telah kita maklumi, daripada penggunaan air sehinggalah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi. Namun dalam Islam, terdapat satu kaedah detox yang terbaik disebalik syari'at berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja malah ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.

Puasa sepertimana dituntut bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin. Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir keana puasa ini merupakan tarbiyyah ruhiyah yang sangat bernilai.

Jika berjaya melepasi tarbiyyah ini, Allah SWT akan mengurniakan bintang TAQWA yang menjadi syarat lulus menuju kepada keredhaan dunia dan akhirat. Sementara puasa fizikal hanya akan menjadikan manusia itu letih dan lapar semata-mata.

Sedutan dariapada buku Jawi Medicinal Herbs, tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

15 April 2009

MENCARI REDHA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai AllahSWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangandi jalan Allah SWT. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah SWT." (At-Tirmidzi)

-Sesungguhnya semua amal bergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten).

-Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan Tuhannya tanpa mengira situasi apapun aia berada, sama ada di dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuan dipersembahkan kerana Allah SWT.

-Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela."

13 April 2009

KURSUS ASAS AKUNPUNTUR

BERSAMA DR (H) MOHD YUSUF SAID

Tarikh : 19hb April 2009
Tempat : HPA Cawangan Klang
Masa : Jam 9 pagi hingga 5 petang
Bayaran : RM99 sahaja

Terhad Untuk 15 orang sahaja.

Sila Daftar dengan Ustazah Che Wan Jamilah :
019-3453360 @ 03-33722543

SELAMAT MENDAFTAR... GEMPUR...!!!

12 April 2009

*** T A Z K I R A H ***


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajjud mendapat 9 kelabihan. 5 daripadanya diperolehi di dunia, manakala selebihnya akan diperolehi di akhirat.

5 kelebihan yang diperolehi di dunia :

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelabihan yang akan diperolehi di akhirat :

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah... ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadab dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..."

**** @@@@****