17 Oktober 2009

DARAH TINGGI ; SENERGI VITEX & PELAWAS

Lagi testimoni diterima bahawa penggunaan VITEX dan PELAWAS sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah bagi kes yang melebihi 10 tahun pun nampak positif dan berkesan. Senergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 SG dan Teh Herba.

Dos VITEX dan PELAWAS ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dan minum air mineral HPA 600 ml selepas pengambilan herba. Dos PELAWAS boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1 x 3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan mengambil herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sehat. Jadi kenapa tidak mahu menjadikan herba sebagai solusinya?

SELAMAT MENCUBA.... PERLU KEPADA KEYAKINAN DIRI DAN BERTERUSAN PENGGUNAANNYA.. INSYAALLAH.. AMIN..

Artikel ini disalin daripada JAWIMEDHERB dan disebar oleh KOMUNITI HPA Klang.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
/

19 September 2009

SALAM LEBARAN...

السلام عليكم


سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير دان باطين

Semoga syawal ini memberi sinar rahmat kepada semua...
Ikhlas dari,
Komiti HPA Klang.
Klang,Selangor.

22 Julai 2009

UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG....

Udang Geragau banyak digunakan dalam kebanyakan masakan kita...

Tapi lihat apa yang ditunjukan oleh seorang sahabat perihatin ini...

Cerita lanjut.... Klik Disini
/
/

18 Jun 2009

RADIX DIET, KOPI TANPA GULA

Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.
Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5.
Selamat mencuba.
/
Posted by Jamaluddin Yeop Majlis

11 Jun 2009

ALERGI (ALAHAN) KETAM DAN UDANG..???

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex

Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.

Posted by JawiHerbShop

24 Mei 2009

DULU KETAGIH ROKOK, SEKARANG...!!!

Alhamdulillah, Testomoni Dulu Kuat Merokok, Sekarang dah berhenti merokok...

Kenapa ? Bagaimana ? Ingin mengetahui Klik Disini

19 Mei 2009

BERAS PERANG UNTUK ANAK-ANAK

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi Cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.

Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-
1. Sering demam
2. Sentiasa selsema
3. Susah tidur
4. Kerap menangis
5. Batuk berterusan dan berkahak
6. Panas badan
7. Perut kembung dan lain-lain lagi.

Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil.InsyaAllah.

Posted by jawimedherb


30 April 2009

PUASA; KAEDAH TERBAIK DETOX

PUASA MERUPAKAN KAEDAH TERBAIK MELAKUKAN DETOX

Pelbagai cara detox telah kita maklumi, daripada penggunaan air sehinggalah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi. Namun dalam Islam, terdapat satu kaedah detox yang terbaik disebalik syari'at berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja malah ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.

Puasa sepertimana dituntut bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin. Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir keana puasa ini merupakan tarbiyyah ruhiyah yang sangat bernilai.

Jika berjaya melepasi tarbiyyah ini, Allah SWT akan mengurniakan bintang TAQWA yang menjadi syarat lulus menuju kepada keredhaan dunia dan akhirat. Sementara puasa fizikal hanya akan menjadikan manusia itu letih dan lapar semata-mata.

Sedutan dariapada buku Jawi Medicinal Herbs, tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

15 April 2009

MENCARI REDHA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai AllahSWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangandi jalan Allah SWT. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah SWT." (At-Tirmidzi)

-Sesungguhnya semua amal bergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten).

-Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan Tuhannya tanpa mengira situasi apapun aia berada, sama ada di dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuan dipersembahkan kerana Allah SWT.

-Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela."

13 April 2009

KURSUS ASAS AKUNPUNTUR

BERSAMA DR (H) MOHD YUSUF SAID

Tarikh : 19hb April 2009
Tempat : HPA Cawangan Klang
Masa : Jam 9 pagi hingga 5 petang
Bayaran : RM99 sahaja

Terhad Untuk 15 orang sahaja.

Sila Daftar dengan Ustazah Che Wan Jamilah :
019-3453360 @ 03-33722543

SELAMAT MENDAFTAR... GEMPUR...!!!

12 April 2009

*** T A Z K I R A H ***


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajjud mendapat 9 kelabihan. 5 daripadanya diperolehi di dunia, manakala selebihnya akan diperolehi di akhirat.

5 kelebihan yang diperolehi di dunia :

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelabihan yang akan diperolehi di akhirat :

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah... ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadab dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..."

**** @@@@****

30 Mac 2009

RENUNG-RENUNGKAN...


Kepada semua penggerak-penggerak HPA, marilah bersama-sama kita menjadi yang terbaik.

MEMPELAJARI ILMU KERANA TAKUT KEPADA ALLAH MERUPAKAN IBADAH,
MEMPELAJARINYA BERERTI TASBIH,
MEMBAHASKANNYA BEERTI JIHAD,
MENGAJARKANNYA BEERTI SEDEKAH,
DAN MENCURAHKANNYA KEPADA AHLINYA MERUPAKAN PENGORBANAN.
(Mu'adz bin Jabal)
HPA... BOLEH!
HPA... BOLEH! BOLEH! BOLEH!
GEMPUR ...RADIX INSYAALLAH!!
*Mari bersama memperjuangkan produk halal*

MENGHARUNGI SAMUDERA KEHIDUPAN

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Seguris luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghayatuna
ArRasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabillah
Asma Amalina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

07 Mac 2009

TIMBA ILMU, TAMBAH KEMAHIRAN

PJE Haji Mesday sedang menerangkan Plan Pemasaran mengisi slot PJS yang tidak dapat hadir

PJ Haji Onn Ibrahim mengambil slot Produk Knowledge

Sedang menyanyikan lagu teman sejati



Alhamdulillah, Kelas Mingguan 4/3/09 berjalan seperti biasa walaupun kedua-dua PJS yang bertugas tidak hadir pada malam tersebut. Kehadiran Herbalis PJE Haji Mesday dan PJE Ustaz Safuan dapat mengamit kecerian rakan niaga yang hadir. Kehadiran hanya sekitar 35 orang.

02 Mac 2009

MUHASABAH DIRI ; PERINGATAN BERSAMA

MUHASABAH DIRI (peringatan bersama)

"Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran"

Wahai sahabat …..
Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
Adakah anda membaca ayat-ayat Al-Quran pada hari ini ?
Adakah anda membaca Al-Ma‘thurat pada hari ini ?
Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
Adakah anda menjalankan dakwah untuk orang lain ?
Adakah anda melakukan amal ma‘aruf nahi mungkar ?
Adakah anda membaca buku-buku islam ?
Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
Adakah anda mengambil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
Adakah anda memikirkan tentang hari akhirat ?
Di manakah kedudukan anda, Syurga@ Neraka ?
Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa Penuh harap terhadap Allah ?
Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa, terutamanya dalam urusan Fardhu ?Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur?
Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T ?
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini….. sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya, perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya, maka pertingkatlah !
Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya …….. Jika dunia ini adalah suatu persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..

26 Februari 2009

SENERGI HERBA HPA MELALUI SMS

Alhamdulillah mulai sekarang orang ramai khususnya pengedar HPA boleh mendapatkan sinergi produk herba HPA untuk penyakit seseorang hanya dengan pertanyaan melalui SMS sahaja. Projek ini merupakan projek sampingan pelajar tajaan HPA di Guangzhou yang diketuai oleh Mohd Safwan bin Jamal yang telahpun belajar di sana selama 1 semester.

Semua jawapan daripada SMS ini disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi dibawah Unit IT & Multimedia dan telah disemak oleh Pengarah Urusan sendiri.

1) Jika ada masalah kesihatan dan perlukan sinergi herba produk HPA:

Type: radix(jarak)info(jarak)sh(kod penyakit) dan hantar ke 33886

contoh: radix info sh001 send 33886



KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAMS
H017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH


2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.

type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886

contoh: radix info ardisia send to 33886

Peringatan waktu-waktu solat.Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: on(jarak)radix(jarak)solat(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886

contoh: on radix solat jb (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru) send ke 33886

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT

1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Sms waktu solat ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

19 Februari 2009

KELAS MINGGUAN - KEHADIRAN MEMUASKAN

PJS Puan Radiayati sedang menyampaikan Pelan Pemasaran HPA yang adil dan sukses.

Herbalis PJE Haji Mesday membawa slot "Product Knowlegde" Coscinium Plus yang merawat resdung, merawat tulang, antibiotik dan banyak lagi




Kelas Mingguan telah mula mendapat sambutan. Perubahan pendekatan dengan menghebahkan produk knowlegde dan kalangan herbalis yang menyampaikan. Alhamdulillah malam tadi (18/2/09) 56 orang yang menghadiri kelas mingguan, satu angka yang tinggi daripada sebelumnya. Terima kasih kepada PJS Radiyati dan Herbalis PJE Hj Mesday yang mempersembahkan kelainan dalam penyampaiannya. Nampaknya ramai peserta berpuashati dan memberi komitmen untuk membawa lebih ramai kawan-kawan niaga yang lain.

Pihak komuniti mengharapkan komitmen PJS-PJS yang ditentukan dapat hadir.. Dah warwarkan hadir, sampai masa tidak hadir tanpa makluman dan penganti. Apapun syabas kepada PJS dan Herbalis yang komited.. Gempur..!!!

16 Februari 2009

PBC KLANG - WARISAN SEMBILANG RESORT


Program Pengkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Klang
akan diadakan pada 21-22 Februari 2009.
InsyaAllah...
PJM Hafidzan Faudzi,
PJI Haji Marjuni Salleh,
PJI Haji Jumani Abdul Salam,

PJE Haji Mesday Takidan, PJE Ustaz Safuan Pamidi dan Ramai lagi Herbalis yang akan turut sama menjayakan program pada kali ini.

Kepada yang ingin menyertai dan belum mengisi borang pendaftaran (@ Deposit RM50) boleh berbuat demikian

di HPA Cawangan Klang atau hubungi talian 03-3343 9717 atau
di Pusat Jualan Meru atau hubungi 019-2398620.

Selamat mendaftar... Semoga anda sukses.. HPA Boleh..!!! Gempur..!!!

06 Februari 2009

PJM CIKGU MURAD ; KEHADIRANNYA MEMANG DI NANTI

PJM Cikgu Murad sedang menyampaikan motivasi kepada rakan niaga yang hadir kelas mingguan pada 04hb. Februari lalu.

Kelihatan Pengerusi Komuniti, Tn Haji Nordin dan Ketua Unit Agama dan Kerohanian, Ustaz Safuan Pamidi sedang mendengar motivasi yang disampaiakan oleh PJM Cikgu Murad.


Herbalis Haji Onn Ibrahim , ketika mengisi slot produk knowledge "Pelawas".


Antara pimpinan yang sedang bersemangat menyanyikan lagu teman sejati dengan harapan semua kepimpinan dan ahli dapat digembeling bagi mencapai wawasan yang diimpikan oleh HPA.


Kehadiran kelas mingguan yang lalu agak ramai. Mungkin menunggu kehadiran PJM Cikgu Murad yang sering di sebut-sebut oleh kebanyakan pimpinan dan PBC dan kelas-kelas mingguan. Apa hebatnya? Apa kelebihannya? Kenapa namanya sering disebut-sebut? Bagaimana wajahnya? Ramai yang belum mengenali, belum melihat wajahnya..

Apabila di warwarkan oleh pimpinan, nama PJM Cikgu Murad akan hadir maka ramai yang hadir pada malam tersebut.


02 Februari 2009

KURSUS PRA PIC - PESERTA KOMUNITI KLANG

PRA PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) YANG KEDUA akan diadakan di cawangan HPA Klang. Di dalam kursus ini, anda berpeluang mempelajari 4 jenis produk, asas diagnos saraf tapak tangan kedua dan praktikalnya. Tempat adalah terhad. Yuran hanya RM50 bagi seorang peserta termasuk makan tengahari.

Setakat ini seramai 24 orang peserta yang sudah mendaftar di Komuniti Klang telah mengesahkan kehadiran mereka dalam kursus tersebut.

Senarai nama seperti berikut :

1. Norhasifah Binti Mohamad Salleh, 013-2354002, 308864.MY01
2. Salina Binti Muhammad, 0133269303, 312832.MY01
3. Hamidah Binti Aman, 014-6622259, 357551.MY01
4. Noor Khaizan Binti Wahid
5. Norazmanila Binti Mamat
6. Fadilah Binti Osman, 012-3801664, 404904.MY01
7. Ustaz Mohd Fadhil Bin Masrom
8. Azlan Bin Yacub
9. Ustaz Abdullah Bin Abd Rahman
10. Zainun Binti Daud

11. Siti Zariah Binti Kamid, 013-2283621, 398260.MY01
12. Siti Marhamah Binti Saion
13. Siti Noor Jannah Binti Mohd Nordin
14. Abd Aziz Bin Man, 016-6670798, 358114.MY01
15. Subhi Bin Alias, 017-8810467, 329986.MY01
16. Faridah Binti Mustafa
17. Rohaya Binti Abdul Karim, 013-3019971, 301899.MY01
18.Jamari Bin Satari

19.Azizah Binti Mohamad Nawi
20.Fauzan Bin Hashim
21.Abdul Manan Bin Abdullah
22.Norsiah Binti Osman
23.Azrin Bin Muhamad Surul
24.Mohd Aufa Bin Musa

Kepada yang berminat, sila daftar segera. tempat terhad untuk 40 orang sahaja.




SELAMAT BERKURSUS... GEMPUR...!!!

30 Januari 2009

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG HADIR KELAS

Alhamdulillah, pada 28hb. Januari lalu Penasihat Komuniti, PJS Haji Marjuni dan PJS Abdullah Abd Rahim telah sudi bersama hadir dalam kelas mingguan komuniti Klang. Plan Pemasaran yang dibentangkan oleh PJS Pak Lah telah membangkitkan semangat ramai rakan niaga yang hadir. Komen sebahagian yang hadir telah memandu mereka bagaimana untuk menjual produk bagi maintain bulanan 100NM.
Pihak Komuniti juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada PJS Haji Marjuni yang sudi datang menjenguk kami.
Pada minggu akan datang PJM Cikgu Murad akan turut hadir ke Komuniti Klang... Ayuh mari ramai-ramai bawa prospek...
Kepada PJM CIkgu Murad dan PJS Haji Shahir... Kami tunggu kehadiranmu..
HPA Boleh..!!! Gempur...!!!!


Tarikh : 04hb. Februari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Klang

Pengerusi : Sdr Abdul Ghani Bin Othman
Profil Syarikat : PJE Ustaz Sapuan
Produk Knowledge : Herbalis Mustafa Bin Hasan
" Pelawas "
Pelan Pemasaran : PJS Haji Shahir Bin Naim
Tazkirah/Motivasi : PJM Cikgu Murad Bin Abu Bakar

27 Januari 2009

KELAS MINGGUAN : JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI

Tarikh : 28hb. Januari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Klang

Pengerusi : Sdr Mohd Japri Bin Kaliwon
Profil Syarikat : Puan Faridah Bt Mustapha
Produk Knowledge : Herbalis Norhisham Bin Rabat
"Madu Asli"
Pelan Pemasaran : PJS Abdullah Bin Kadir
Tazkirah/Motivasi : PJS Haji Abdullah Bin Abd Rahim (Pak Lah)
Tarikh : 04hb. Februari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Klang

Pengerusi : Sdr Abdul Ghani Bin Othman
Profil Syarikat : Ustaz Mohamad Asri Bin Zakaria
Produk Knowledge : Herbalis Tuan Haji Onn Bin Ibrahim
" Tunggu..?? "
Pelan Pemasaran : PJS Haji Shahir Bin Naim
Tazkirah/Motivasi : PJM Cikgu Murad Bin Abu Bakar

26 Januari 2009

KULIAH PERUBATAN JAWI : MEDAN MENIMBA ILMU

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan setiap bulan di KL International Hotel (KLIH) perlu dihadiri oleh semua ahli-ahli HPA. KPJ disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Di samping mendapat ilmu berkaitan dengan penyakit dan kelebihan herba yang dikeluarkan oleh syarikat, kita juga didedahkan dengan perkembangan terbaru syarikat seperti produk terbaru dan rancangan pembukaan RFC yang terkini.

Alhamdulillah, KPJ pada 22/1/2009 lalu, kehadirannya melebihi 600 orang. AJK Komuniti Klang juga ramai yag hadir, antaranya Haji Nordin (pengerusi), Sdr Suhaini (timbalan pengerusi), Ustaz Asri (setiausaha), Ustazah Wan Jamilah (Ketua Unit Perubatan Jawi), Mat Izam (Unit Keahlian & Aduan) dan ramai lagi.
Penasihat & Pengerusi Komuniti Klang, Haji Marjuni dan Haji Nordin sedang menyerahkan Duit sumbangan untuk Palestin. Komuniti Klang menyerahkan sumbangan sebanyak RM500.00 untuk Tabung Palestin kepada Tuan Haji Ismail.


Antara pengerusi-pengerusi komuniti KPA yang menyerahkan sumbangan Tabung Palestin. Sumbangan melebihi RM5000.00 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut daripada komuniti-komuniti di bawah KPA.

Kelihatan Hj. Nordin, Ustaz Asri dan Sifu Norhisham Rabat yang hadir semasa KPJ di KLIH

22 Januari 2009

KEHADIRANMU MEMBAKAR SEMANGAT KAMI

PJM Rosmandi sedang memberi Motivasi kepada Rakan Niaga yang hadir dalam kelas mingguan pada 21/1/2009.
PJM Rosmandi merupakan Timbalan Presiden KPA, juga Timbalan Pengerusi Tribunal Kelab Pemimpin Al-Wahida.

Sedang bersemangat menyanyikan lagu Teman Sejati. Kelihatan Penasihat Komuniti Klang, Tuan Haji Marjuni bersama-sama dengan Rakan Niaga lain.


Antara Rakan Niaga yang hadir, meramaikan kelas mingguan. Kelihatannya Pengerusi Komuniti, Tn Haji Nordin sedang berbincang dengan PJM Rosmandi.


Sebahagian Rakan Niaga Muslimat yang turut hadir, sedang khusuk mendengar Pengenalan Produk "Minyak Zaiton" yang disampaikan oleh Herbalis PJI Haji Marjuni.



Antara pimpinan Kelab dan Komuniti yang hadir

Kami mengalu-ngalukan kehadiran PJS-PJS. Semoga kehadiran mendorong lebih ramai rakan niaga hadir dalam kelas mingguan pada masa akan datang.

Takbir..!!! Gempur...!!!!

21 Januari 2009

TERKINI - KELAS MINGGUAN KLANG

Tarikh : 21hb. Januari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Klang

Pengerusi : Sdr Suhaini Bin Salim
Profil Syarikat : Mat Izam Bin Sapiee
Produk Knowledge : Herbalis PJI Haji Marjuni Salleh
"Minyak Zaiton"
Pelan Pemasaran : PJE Ustaz Sapuan
Testimoni : Norwati & Tn. Haji Onn
Tazkirah/Motivasi : PJM Rosmandi Ishak


Tarikh : 28hb. Januari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Klang

Pengerusi : Sdr Mohd Japri Bin Kaliwon
Profil Syarikat : Puan Faridah Bt Mustapha
Produk Knowledge : Herbalis Norhisham Bin Rabat
"Madu Asli"
Pelan Pemasaran : PJS Abdullah Bin Kadir
Tazkirah/Motivasi : PJS Haji Abdullah Bin Abd Rahim (Pak Lah)

19 Januari 2009

SUMBANGAN TABONG PALESTIN

Sumbangan untuk Tabong Palestin masih diteruskan. Kepada yang ingin memberi sumbangan boleh ke Cawangan HPA Klang kerana ada disediakan tabung di sana.

Tuan/Puan juga boleh membawa sumbangan tersebut semasa kelas mingguan pada 21/1/2008 nanti. Jumlah terkumpul setakat ini adalah RM300.00.

Bantulah saudara kita yang tertindas.. Ayuh bangkitlah...

JOM BOIKOT BARANGAN USA/ISRAEL

16 Januari 2009

KELAS MINGGUAN : JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI

Selamat datang kepada PJM Kak Habibah, PJS Norshidah dan PJS Pak Lah ke Kelas Mingguan Klang pada 14hb. Januari 2009 yang lalu.


Kelihatan PJS Kak Bib, PJS Paklah dan Suami Kak Bib


Pengerusi Komuniti Klang, Tn haji Nordin





Alhamdulillah kehadiran kelas mingguan memuaskan dan InsyaALLAH dengan kerjasama dan sokongan PJS-PJS, pihak komuniti mengharapkan kehadiran lebih ramai.

13 Januari 2009

QUNUT NAZILAH

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ
وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم
وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم

وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم
يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ
ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ
ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ
إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehermusuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatanmereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang maha menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin...

JOM.....BOIKOT PRODUK YAHUDI !!!



Ayuhlah teman2 memboikot barangan mereka! Marilah kita membaca Qunut Nazilah,memohon bersungguh-sungguh kepada Allah Yang gagah perkasa agar setiap titis darah umat Palestin terbayar dengan kemusnahan Israel!

INSENTIF KONVEK 2009

INSENTIF 2009 KINI BERMULA.

Ø Insentif 2009 diteruskan sehingga bulan Mei 2009. Syarat penjualan syarikat mencapai RM 15 juta.
Ø Insentif baru bermula Jan 2009 hingga Mei 2009.
Ø Konvek akan diadakan pada bulan Julai 2009.

KATEGORI HADIAH

A.HADIAH PASTI ( JAN – MEI 2009 ).

Belian syarat 200 NM atau terkumpul 1000 NM ….Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 100 (e.g. pen berjenama) dan 20 cabutan bertuah.

Belian syarat 300 NM atau terkumpul 1500 NM…..Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 300 (e.g. jam tangan) dan 15 cabutan bertuah ( hand phone ).

Belian syarat 500 NM atau terkumpul 2500 NM…. Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 500 (e.g. camera) dan 5 cabutan bertuah ( Note Book ).

B.INSENTIF DARI PBC ( JAN – MEI 2009 ).

Terbuka kepada PB, PLX, PRX bermula pada bulan Jan 2009.

2. Berjaya membawa 6 peserta PBC ( sekali dengan melengkapkan 300NM ) selewatnya Mei 2009 pada Aras Pertama.

Hadiah Jaket HPA dan hadir PIC percuma.

Jika mencapai Pengarah Jati ( PJ ) selewatnya Mei 2009 akan mendapat tambahan Pen Berjenama.

Insentif ini akan di uruskan oleh Kelab pada Program Zon

C.TIGA KATEGORI INSENTIF KHAS ( OKT 2008 – MEI 2009 ).

Berlangsung dari Okt 2008 sehingga Mei 2009.
Penjualan syarikat mencecah RM 15 juta perbulan..( Jualan Malaysia Sahaja ) selewat-lewatnya pada Mei 2009.
Terbuka kepada pengedar HPA yang bergerak aktif bersama PBC.Syarikat berhak menolak tawaran ini kepada mereka yang tidak aktif didalam PBC.
Bagi mereka yang telah berpangkat PJE. PJI, PJM sebelum Mei 2009, hanya layak untuk insentif kategori pertama sahaja.
Bagi mereka yang berpangkat PJ ke bawah sebelum Mei 2009 tetapi mencapai PJE atau keatas daripada Jan 2009 hingga Mei 2009, maka layak untuk salah satu katagori (samaada kategori pertama atau kategori kedua).

BAGI KATEGORI PERTAMA

Adalah mereka yang mencapai pangkat PJE minima pada jualan bulan Mei 2009.
Membuat belian peribadi minima 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX dengan 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000NM.
Pencapaian bonus RM 10,000 ke atas pada bulan Mei 2009.
Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadat haji suami isteri @ kereta @ RM 30,000 tunai.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATEGORI KEDUA

Mereka yang membuat pembelian peribadi 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000 NM.
Pangkat di antara Pengedar Biasa ( PB ) hingga Pengarah Jati ( PJ ).
Top 50 dari Pengarah Jati hingga ke bawah akan berpeluang melawat Jakarta atau Bandung 4 Hari 3 Malam dan motosikal Modenas.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATEGORI KETIGA ( INSENTIF UMRAH - PILIHAN ).

1. Semua pangkat dari Pengedar Biasa hingga Pengarah Jati Mahkota . Mencapai bonus
RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Mei 2009.

2. Jualan mencapai RM 15 juta menjelang Mei 2009. Maintain peribadi 300 NM setiap bulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau kumulatif peribadi 6000 NM.

3. Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATEGORI C

** SETIAP PENGEDAR HANYA LAYAK UNTUK MENERIMA SATU INSENTIF SAHAJA DAN BERGANTUNG KEPADA SYARAT DAN KELAYAKAN SEPERTI TERTERA DI ATAS **.

Tiket Konvek di jual pada harga yang di putuskan oleh syarikat dan cabutan hadiah menarik seperti berikut:

Barangan eletrik
Hadiah menarik dan branded 200 hadiah di buat pengumuman 4 kali dan di kupon mengandungi Nama, no ahli, no telefon dan cawangan terdekat.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “


Sumber: Laman Web HPA Industries Sdn Bhd

12 Januari 2009

PENASIHAT KOMUNITI HPA PIMPINAN KLANG

PJI Tuan Haji Marjuni Bin Salleh

Ahlan Wasahlan, Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian Tuan Haji Marjuni untuk menjadi Penasihat Komuniti Klang. Pihak Komuniti mengalu-ngalukan kehadiran Tuan Haji bagi membantu kami mengerakkan dan menjalankan aktiviti untuk sesi 2009.
Sedikit Latarbelakang Tuan Haji Marjuni; Merupakan generasi awal, menyertai HPA pada tahun 1996 (13 Tahun). No. Keahli 006999.MY01, merupakan PJS dan pangkat terkini Pengarah Jati Intan (PJI). Telah sepenuh masa bersama HPA mulai 1hb. Januari 2008, sebelum ini berkhidmat di Jabatan Kerjaraya selama 33 tahun. Sekarang merupakan AJK Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Ahli Tribunal KPA. Antara Herbalis terawal iaitu pada sesi 1 tahun 1998.

Pra PIC: SYARAT BARU KE PROGRAM PIC







Alhamdulillah, 6 orang AJK Komuniti Klang telah hadir dalam program Pra PIC yang diadakan pada 10/1/2009 di HPA Cawangan Kajang diketuai oleh Herbalis Norhisham Rabat, Ustaz Asri, Sdr Mat Izam, Sdr Japri, Puan Norwati dan Kak Raja Azizah.
Kahadiran di luar jangkaan. Seramai 64 orang peserta yang hadir dalam program tersebut. Sdr Mat Izam antara 9 peserta terbaik kerana mendapat markah 100% dalam ujian strata yang dijalankan selepas pembentangan.
InsyaALLAH program Pra PIC ini akan diteruskan dan kepada semua Rakan Niaga digalakkan hadir kerana banyak ilmu-ilmu berkaitan herba dan perubatan jawi diperolehi. Pengetahuan tersebut juga amat berguna dalam promosi jualan dan membuat penajaan ahli-ahli baru.

09 Januari 2009

TAZKIRAH

Kelebihan Memberi Sedekah

Nabi Muhammad SAW. ada bersabda yang bermaksud: Apabila sedekah itu telah keluar dari tangan pemberinya, maka ia berbicara dengan lima perkataan:
1. Aku asalnya kecil, lalu engkau besarkan aku.
2. Dulu engkau yang menjaga aku, dan sekarang akulah yang menjaga engkau.
3. Dulu aku menjadi musuh, lalu engkau jadikan aku kekasih.
4. Dulu aku barang yang fana, lalu engkau jadikan aku kekal.
5. Dulu aku hanya sedikit, lalu engkau jadikan aku banyak sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya pahalasepuluh kali ganda".

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HJRAH

08 Januari 2009

PERUBAHAN TARIKH PBC KLANG

Pengkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Klang dipinda kepada 21-22hb. Februari, seminggu lewat kerana masalah tempat.
Pimpinan dan Rakan Niaga boleh mendaftar mulai sekarang dengan mendapatkan borang dan membuat bayaran di Cawangan HPA Klang. Bayaran masih sama iaitu RM150.00 sahaja.

Jom... Pakat Bawa Prospek ramai-ramai...
HPA Boleh..!!! Gempur..!!!

06 Januari 2009

JADUAL KELAS MINGGUAN

7hb. Januari 2009

Pengerusi Majlis : Mat Izam Bin Sapiee
Profil Syarikat : Mat Izam Bin sapiee
Produk Knowledge : Herbalis Ustazah Wan Jamilah
“Herba Tuju Angin”
Pelan Pemasaran : PJS Mohd Bokhari Salleh
Tazkirah: Sdr Abd Ghani Bin Othman
Testimoni : Hj Onn & Kak Midah
Motivasi : PJS Jamaluddin Yeop Majlis

14hb. Januari 2009

Pengerusi Majlis : Sdr Mohd Japri Bin Kaliwon
Profil Syarikat : Puan Fadhilah Bt Sulaiman (Pengurus Caw)
Produk Knowledge : Herbalis Norhisham Bin Rabat
"Roselle Kapsul"
Pelan Pemasaran : PJS Norshidah Bt Daud
Testimoni : Puan Norwati & Sdr Suhaini Salim
Tazkirah : Ustaz Mohd Fadhil Bin Masrom
Motivasi : PJS Kak Habibah Bt Yusoff

21hb. Januari 2009

Pengerusi : Puan R. Lilee Mokhtar
Profil Syarikat : Puan Faridah Bt Mustafa
Produk Knowledge : Herbalis Haji Onn Bin Ibrahim
"Minyak But-But"
Pelan Pemasaran : PJS Puan Zailehan Bt Ab Manaf
Testimoni : Mat Izam & Raja Azizah
Tazkirah : Ustaz Sopuan
Motivasi : PJM Tuan Haji Khalid Bin Iskri

KELAS MINGGUAN

Ahlan Wasahlan... Selamat Datang ke Kelas Mingguan Komuniti Klang. Kelas Mingguan Klang telah ditukar waktunya kepada hari Rabu malam Khamis, jam 8.30 malam. Kelas Mingguan terdekat pada 7hb. Januari 2009 (Rabu). InsyaAllah akan dihadiri oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Mohd Bokhari Salleh.
Perubahan hari/waktu dibuat mengambil kira pandangan pimpinan KPA dan suara hati kaum ibu (wanita) yang datang sendiri dan terpaksa pulang lebih awal.
Jom..!!! Pakat mai ramai-ramai... Anda BOLEH, HPA BOLEH.. Gempur..!!!

04 Januari 2009

PBC KOMUNITI KLANG

Pengkonsian Bijak Cemerlang (PBC) Komuniti Klang sesi 2009 akan bermula pada Februari 2009 di Warisan Sembilang Resort, Pantai Remis, Jeram. Pimpinan HPA sekitar Klang boleh menghantar rakan niaganya ke PBC tersebut. InsyaAllah PBC terdekat akan diadakan pada 14-15 Februari 2008 dan bulan Mac (14-15 Mac 2008).

Kenapa perlunya Pengedar-Pengedar Bertauliah (PB) menghadiri PBC?

1.Tempat untuk setiap pengedar mengenali HPA dengan lebih mendalam.
2.Tempat untuk setiap pengedar menambah ilmu dan kemahiran serta berkongsi pengalaman dari pemimpin yang telah berjaya.
3.Pengedar dapat meningkatkan motivasi dalam diri agar dapat meneruskan landasan perjuangan yang suci ini.
4.Pengedar dapat mengeratkan hubungan silahturrahim diantara satu sama lain.

Kepada Pimpinan atau PB yang ingin mendaftar, boleh menghubungi
Haji Nordin 017-2745566,
Hj Onn 019-3453360 atau
Ustaz Asri 019-2398620.
Dapatkan Borang Pendaftaran PBC di Cawangan HPA Klang @ Pusat Jualan HPA Meru.

03 Januari 2009

KETUA-KETUA UNIT

1. Unit Latihan : Haji Mohd Nordin Sharif, 017-2745566
2. Unit Multimedia & Penerbitan: Ust Mohamad Asri Zakaria, 019-2398620
3. Unit Kebajikan & Rekreasi : Encik Suhaini Salim, 016-3302902
4. Unit Perubatan Jawi : Ustazah Wan Jamilah Abd Malek, 019-3453360
5. Unit Keahlian & Aduan : Encik Mat Izam Sapiee, 019-5084839
6. Unit Agama & Kerohanian : Ustaz Safuan Pamidi, 0133950010

AJK KOMUNITI KEPIMPINAN KLANG

Penaung/Penasihat : PJS Haji Marjuni Bin Salleh
Pengerusi : Haji Mohd Nordin Bin Sharif
Timbalan 1 : Encik Suhaini Bin Salim
Timbalan 2 : Puan Fadhilah Binti Sulaiman
Setiausaha : Ust Mohamad Asri Bin Zakaria
Bendahari : Puan Norwati Bt Mohd Isa
Ahli Jawatankuasa Kerja :
1. Haji Onn Bin Ibrahim
2. Encik Mohd Japri Bin Kaliwon
3. Norhisham Bin Rabat
4. Ust Mohd Fadhil Bin Masrom
5. Encik Mat Izam Bin Sapiee
6. Encik Abdul Ghani Bin Othman
7. Ustazah Wan Jamilah Bt Abd Malek
8. Puan Faridah Bt Mustafa
9. Raja Azizah Bt Raja Mansor
10. Puan R. Lilee Bt Mokhtar
11. Puan Hamidah Bt Aman
12. Puan Norihan Bt Othman