26 Januari 2009

KULIAH PERUBATAN JAWI : MEDAN MENIMBA ILMU

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan setiap bulan di KL International Hotel (KLIH) perlu dihadiri oleh semua ahli-ahli HPA. KPJ disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Di samping mendapat ilmu berkaitan dengan penyakit dan kelebihan herba yang dikeluarkan oleh syarikat, kita juga didedahkan dengan perkembangan terbaru syarikat seperti produk terbaru dan rancangan pembukaan RFC yang terkini.

Alhamdulillah, KPJ pada 22/1/2009 lalu, kehadirannya melebihi 600 orang. AJK Komuniti Klang juga ramai yag hadir, antaranya Haji Nordin (pengerusi), Sdr Suhaini (timbalan pengerusi), Ustaz Asri (setiausaha), Ustazah Wan Jamilah (Ketua Unit Perubatan Jawi), Mat Izam (Unit Keahlian & Aduan) dan ramai lagi.
Penasihat & Pengerusi Komuniti Klang, Haji Marjuni dan Haji Nordin sedang menyerahkan Duit sumbangan untuk Palestin. Komuniti Klang menyerahkan sumbangan sebanyak RM500.00 untuk Tabung Palestin kepada Tuan Haji Ismail.


Antara pengerusi-pengerusi komuniti KPA yang menyerahkan sumbangan Tabung Palestin. Sumbangan melebihi RM5000.00 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut daripada komuniti-komuniti di bawah KPA.

Kelihatan Hj. Nordin, Ustaz Asri dan Sifu Norhisham Rabat yang hadir semasa KPJ di KLIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan