02 Mac 2009

MUHASABAH DIRI ; PERINGATAN BERSAMA

MUHASABAH DIRI (peringatan bersama)

"Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran"

Wahai sahabat …..
Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
Adakah anda membaca ayat-ayat Al-Quran pada hari ini ?
Adakah anda membaca Al-Ma‘thurat pada hari ini ?
Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
Adakah anda menjalankan dakwah untuk orang lain ?
Adakah anda melakukan amal ma‘aruf nahi mungkar ?
Adakah anda membaca buku-buku islam ?
Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
Adakah anda mengambil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
Adakah anda memikirkan tentang hari akhirat ?
Di manakah kedudukan anda, Syurga@ Neraka ?
Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa Penuh harap terhadap Allah ?
Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa, terutamanya dalam urusan Fardhu ?Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur?
Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T ?
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini….. sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya, perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya, maka pertingkatlah !
Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya …….. Jika dunia ini adalah suatu persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan