19 September 2009

SALAM LEBARAN...

السلام عليكم


سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير دان باطين

Semoga syawal ini memberi sinar rahmat kepada semua...
Ikhlas dari,
Komiti HPA Klang.
Klang,Selangor.

22 Julai 2009

UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG....

Udang Geragau banyak digunakan dalam kebanyakan masakan kita...

Tapi lihat apa yang ditunjukan oleh seorang sahabat perihatin ini...

Cerita lanjut.... Klik Disini
/
/

18 Jun 2009

RADIX DIET, KOPI TANPA GULA

Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.
Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5.
Selamat mencuba.
/
Posted by Jamaluddin Yeop Majlis

11 Jun 2009

ALERGI (ALAHAN) KETAM DAN UDANG..???

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex

Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.

Posted by JawiHerbShop

24 Mei 2009

DULU KETAGIH ROKOK, SEKARANG...!!!

Alhamdulillah, Testomoni Dulu Kuat Merokok, Sekarang dah berhenti merokok...

Kenapa ? Bagaimana ? Ingin mengetahui Klik Disini

19 Mei 2009

BERAS PERANG UNTUK ANAK-ANAK

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi Cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.

Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-
1. Sering demam
2. Sentiasa selsema
3. Susah tidur
4. Kerap menangis
5. Batuk berterusan dan berkahak
6. Panas badan
7. Perut kembung dan lain-lain lagi.

Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil.InsyaAllah.

Posted by jawimedherb


30 April 2009

PUASA; KAEDAH TERBAIK DETOX

PUASA MERUPAKAN KAEDAH TERBAIK MELAKUKAN DETOX

Pelbagai cara detox telah kita maklumi, daripada penggunaan air sehinggalah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi. Namun dalam Islam, terdapat satu kaedah detox yang terbaik disebalik syari'at berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja malah ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.

Puasa sepertimana dituntut bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin. Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir keana puasa ini merupakan tarbiyyah ruhiyah yang sangat bernilai.

Jika berjaya melepasi tarbiyyah ini, Allah SWT akan mengurniakan bintang TAQWA yang menjadi syarat lulus menuju kepada keredhaan dunia dan akhirat. Sementara puasa fizikal hanya akan menjadikan manusia itu letih dan lapar semata-mata.

Sedutan dariapada buku Jawi Medicinal Herbs, tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.