30 April 2009

PUASA; KAEDAH TERBAIK DETOX

PUASA MERUPAKAN KAEDAH TERBAIK MELAKUKAN DETOX

Pelbagai cara detox telah kita maklumi, daripada penggunaan air sehinggalah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi. Namun dalam Islam, terdapat satu kaedah detox yang terbaik disebalik syari'at berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja malah ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.

Puasa sepertimana dituntut bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin. Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir keana puasa ini merupakan tarbiyyah ruhiyah yang sangat bernilai.

Jika berjaya melepasi tarbiyyah ini, Allah SWT akan mengurniakan bintang TAQWA yang menjadi syarat lulus menuju kepada keredhaan dunia dan akhirat. Sementara puasa fizikal hanya akan menjadikan manusia itu letih dan lapar semata-mata.

Sedutan dariapada buku Jawi Medicinal Herbs, tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan