15 April 2009

MENCARI REDHA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai AllahSWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangandi jalan Allah SWT. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah SWT." (At-Tirmidzi)

-Sesungguhnya semua amal bergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten).

-Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan Tuhannya tanpa mengira situasi apapun aia berada, sama ada di dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuan dipersembahkan kerana Allah SWT.

-Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan