30 Mac 2009

RENUNG-RENUNGKAN...


Kepada semua penggerak-penggerak HPA, marilah bersama-sama kita menjadi yang terbaik.

MEMPELAJARI ILMU KERANA TAKUT KEPADA ALLAH MERUPAKAN IBADAH,
MEMPELAJARINYA BERERTI TASBIH,
MEMBAHASKANNYA BEERTI JIHAD,
MENGAJARKANNYA BEERTI SEDEKAH,
DAN MENCURAHKANNYA KEPADA AHLINYA MERUPAKAN PENGORBANAN.
(Mu'adz bin Jabal)
HPA... BOLEH!
HPA... BOLEH! BOLEH! BOLEH!
GEMPUR ...RADIX INSYAALLAH!!
*Mari bersama memperjuangkan produk halal*

MENGHARUNGI SAMUDERA KEHIDUPAN

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Seguris luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghayatuna
ArRasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabillah
Asma Amalina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

07 Mac 2009

TIMBA ILMU, TAMBAH KEMAHIRAN

PJE Haji Mesday sedang menerangkan Plan Pemasaran mengisi slot PJS yang tidak dapat hadir

PJ Haji Onn Ibrahim mengambil slot Produk Knowledge

Sedang menyanyikan lagu teman sejati



Alhamdulillah, Kelas Mingguan 4/3/09 berjalan seperti biasa walaupun kedua-dua PJS yang bertugas tidak hadir pada malam tersebut. Kehadiran Herbalis PJE Haji Mesday dan PJE Ustaz Safuan dapat mengamit kecerian rakan niaga yang hadir. Kehadiran hanya sekitar 35 orang.

02 Mac 2009

MUHASABAH DIRI ; PERINGATAN BERSAMA

MUHASABAH DIRI (peringatan bersama)

"Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran"

Wahai sahabat …..
Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
Adakah anda membaca ayat-ayat Al-Quran pada hari ini ?
Adakah anda membaca Al-Ma‘thurat pada hari ini ?
Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
Adakah anda menjalankan dakwah untuk orang lain ?
Adakah anda melakukan amal ma‘aruf nahi mungkar ?
Adakah anda membaca buku-buku islam ?
Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
Adakah anda mengambil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
Adakah anda memikirkan tentang hari akhirat ?
Di manakah kedudukan anda, Syurga@ Neraka ?
Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa Penuh harap terhadap Allah ?
Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa, terutamanya dalam urusan Fardhu ?Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur?
Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T ?
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini….. sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya, perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya, maka pertingkatlah !
Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya …….. Jika dunia ini adalah suatu persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..

26 Februari 2009

SENERGI HERBA HPA MELALUI SMS

Alhamdulillah mulai sekarang orang ramai khususnya pengedar HPA boleh mendapatkan sinergi produk herba HPA untuk penyakit seseorang hanya dengan pertanyaan melalui SMS sahaja. Projek ini merupakan projek sampingan pelajar tajaan HPA di Guangzhou yang diketuai oleh Mohd Safwan bin Jamal yang telahpun belajar di sana selama 1 semester.

Semua jawapan daripada SMS ini disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi dibawah Unit IT & Multimedia dan telah disemak oleh Pengarah Urusan sendiri.

1) Jika ada masalah kesihatan dan perlukan sinergi herba produk HPA:

Type: radix(jarak)info(jarak)sh(kod penyakit) dan hantar ke 33886

contoh: radix info sh001 send 33886



KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAMS
H017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH


2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.

type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886

contoh: radix info ardisia send to 33886

Peringatan waktu-waktu solat.Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: on(jarak)radix(jarak)solat(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886

contoh: on radix solat jb (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru) send ke 33886

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT

1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Sms waktu solat ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

19 Februari 2009

KELAS MINGGUAN - KEHADIRAN MEMUASKAN

PJS Puan Radiayati sedang menyampaikan Pelan Pemasaran HPA yang adil dan sukses.

Herbalis PJE Haji Mesday membawa slot "Product Knowlegde" Coscinium Plus yang merawat resdung, merawat tulang, antibiotik dan banyak lagi




Kelas Mingguan telah mula mendapat sambutan. Perubahan pendekatan dengan menghebahkan produk knowlegde dan kalangan herbalis yang menyampaikan. Alhamdulillah malam tadi (18/2/09) 56 orang yang menghadiri kelas mingguan, satu angka yang tinggi daripada sebelumnya. Terima kasih kepada PJS Radiyati dan Herbalis PJE Hj Mesday yang mempersembahkan kelainan dalam penyampaiannya. Nampaknya ramai peserta berpuashati dan memberi komitmen untuk membawa lebih ramai kawan-kawan niaga yang lain.

Pihak komuniti mengharapkan komitmen PJS-PJS yang ditentukan dapat hadir.. Dah warwarkan hadir, sampai masa tidak hadir tanpa makluman dan penganti. Apapun syabas kepada PJS dan Herbalis yang komited.. Gempur..!!!

16 Februari 2009

PBC KLANG - WARISAN SEMBILANG RESORT


Program Pengkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Klang
akan diadakan pada 21-22 Februari 2009.
InsyaAllah...
PJM Hafidzan Faudzi,
PJI Haji Marjuni Salleh,
PJI Haji Jumani Abdul Salam,

PJE Haji Mesday Takidan, PJE Ustaz Safuan Pamidi dan Ramai lagi Herbalis yang akan turut sama menjayakan program pada kali ini.

Kepada yang ingin menyertai dan belum mengisi borang pendaftaran (@ Deposit RM50) boleh berbuat demikian

di HPA Cawangan Klang atau hubungi talian 03-3343 9717 atau
di Pusat Jualan Meru atau hubungi 019-2398620.

Selamat mendaftar... Semoga anda sukses.. HPA Boleh..!!! Gempur..!!!